boj-2-1

Rombakan Ahli Lembaga BOJ Bawa Masuk Penggubal Dasar Yang Kurang Dovish

Dua penggubal dasar Bank Pusat Japan (BOJ) yang baharu berkata pada hari ini bahawa bank pusat memerlukan strategi untuk keluar daripada rangsangannya yang longgar.

Kenyataan itu menjadi, satu petunjuk bahawa ahli-ahli lembaga BOJ kini akan mengurangkan kecenderungan dovish mereka, sekali gus menamatkan dasar ultra longgar gabenor Haruhiko Kuroda.

Hajime Takata, seorang bekas ahli ekonomi swasta, berkata BOJ perlu “sentiasa memikirkan” strategi keluar walaupun sekarang mungkin bukan masa untuk penamatan sebenar kadar faedah yang terlalu rendah.

Naoki Tamura, penggubal dasar bank pusat baharu yang lain pula berkata keluar daripada dasar yang longgar akan menjadi tumpuan perbincangan apabila pendapatan mula meningkat seiring dengan inflasi.

“Hanya apabila BOJ dapat menormalkan dasar monetari dan menamatkannya, barulah dapat memberi gambaran bahawa program pelonggaran monetari besar-besarannya sebagai satu kejayaan,” jelas Tamura.

Takata dan Tamura menyertai sembilan anggota lembaga BOJ pada hari Ahad, menggantikan bekas ahli ekonomi Goushi Kataoka, penyokong pelonggaran monetari yang agresif, serta jurubank Hitoshi Suzuki selepas tempoh perkhidmatan lima tahun mereka tamat.

Kehadiran kedua-dua pembuat dasar baharu yang dilihat lebih berani menyuarakan kecenderungan dasar mereka yang kurang dovish berpotensi mengubah hala tuju dasar BOJ serta pendirian ahli lembaga yang lain.

Timbalan gabenor Masazumi Wakatabe, yang bernada dovish akan mencapai penghujung penggal lima tahunnya pada Mac 2023.

Sementara gabenor Haruhiko Kuroda juga akan melepaskan jawatannya pada tahun yang sama, sekali gus membuka peluang peralihan bank pusat daripada kecenderungan dasar dovish semasa.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *