swiss-franc

Rugi AS$132b, Bank Negara Swiss Gagal Membayar Kepada Kerajaan Buat Kali Kedua

Kerajaan Switzerland tidak akan menerima pembayaran daripada Bank Negara Switzerland (SNB) untuk 2022, kerana bank pusat itu meramalkan kerugian terbesar dalam sejarah 116 tahunnya.

SNB menjangkakan kerugian tahunan kira-kira 132 bilion franc (AS$143 bilion), lebih lima kali ganda daripada rekod sebelumnya, katanya hari ini dalam keputusan laporan awal.

Sebahagian besar daripada kerugian itu adalah berpunca daripada runtuhnya nilai longgokan besar pegangannya dalam mata wang asing, yang terakru akibat pembelian selama sedekad untuk melemahkan franc.

Kedudukan dalam mata wang franc Swiss menyaksikan kerugian penilaian sekitar satu bilion franc, manakala SNB memperoleh kira-kira 400 juta franc daripada pegangan emasnya.

Ini adalah kali kedua SNB gagal membuat pembayaran tahunannya kepada kerajaan persekutuan dan negeri sejak ditubuhkan pada 1906.

Kegagalan ini memaksa kebanyakan daripada 26 daerah pentadbiran untuk melaraskan rancangan perbelanjaan mereka yang mana sebelum ini SNB telah membayar enam bilion franc pada 2021.

Pemegang saham persendirian juga tidak akan menerima dividen untuk 2022. Tidak seperti bank pusat lain, SNB ialah syarikat saham bersama dagangan awam, dengan kira-kira separuh saham dipegang oleh institusi sektor awam dan selebihnya oleh syarikat dan individu swasta.

Pendapatan daripada operasi SNB tidak mempengaruhi dasar monetari dan keputusan laporan akhir dijangka akan diterbitkan pada 6 Mac.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *