Rumusan & Ulasan FOMC – Hawkish Namun Kurang Meyakinkan

Rumusan & Ulasan FOMC – Hawkish Namun Kurang Meyakinkan

Kenyataan minit mesyuarat FOMC pada bulan lepas diterbitkan pada umum awal pagi tadi. Pemain dan pemerhati pasaran begitu teruja untuk melihat beberap

Kenyataan minit mesyuarat FOMC pada bulan lepas diterbitkan pada umum awal pagi tadi. Pemain dan pemerhati pasaran begitu teruja untuk melihat beberapa frasa atau bayangan kepada sesuatu yang positif, terutamanya terhadap kemungkinan kenaikan kadar faedah untuk sekali lagi pada tahun ini.

Secara keseluruhan minit mesyuarat FOMC sedikit bernada hawkish namun kurang meyakinkan. Pada mulanya pasaran memberi respon yang baik terhadap USD, namun setelah ianya dihadam dengan lebih mendalam, Dollar kembali ditekan. Berikut adalah beberapa poin penting di dalam minit mesyuarat FOMC pagi tadi :

  • Kelemahan inflasi kebelakangan ini hanya akan memberi sedikit tekanan pada unjuran inflasi jangka masa sederhana, ianya disebabkan oleh faktor peralihan berikutan penurunan harga barangan seperti perkhidmatan telefon tanpa wayar dan ubat-ubatan. Inflasi dijangka akan mencapai sasaran menjelang tahun 2019-2019.
  • Kenaikan kadar faedah pada bulan Jun yang lepas tidak mendapat sokongan majoriti penuh. Seorang ahli FOMC mahukan sehingga inflasi meningkat sebelum menaikkan kadar faedah.
  • Kenaikan harga import sejajar dengan kenaikan inflasi dalam jangka masa sederhana.
  • Normalisasi penyata imbangan mungkin akan diumumkan seawal Julai atau September dan Yellen mencadangkan pendekatan baharu terhadap pelan penyata imbangan.

Ahli FOMC berbelah bahagi di dalam pandangan mereka terhadap inflasi dan kesan/hasil kenaikan kadar faedah terhadap inflasi juga keputusan mereka untuk bila normalisasi penyata imbangan akan dimulakan. Namun kemungkinan untuk kenaikan kadar faedah pada bulan Disember kini lebih jelas. Anda boleh membaca teks minit mesyuarat FOMC ini melalui pautan di bawah :

fomcminutes20170614

Hari ini, beberapa data berimpak tinggi memenuhi jadual kalendar ekonomi AS. Laporan ADP pada malam ini adalah penting untuk memberi gambaran awal apakah keputusan NFP esok, sambil 2 orang pegawai fed William dan Powell akan bergilir berucap pada hari ini. Ucapan mereka mungkin akan dapat memperhalusi perincian kenyataan FOMC awal pagi tadi.

Trump pula dijadualkan untuk bertemu Putin, bagi membincangkan tentang ancaman program peluru berpandu Korea Utara. Sentimen menjelang dan sekitar pertemuan mereka ini mampu untuk memberi kegelisahan pada pasaran, perhatikan apa yang berlaku terhadap permintaan safe haven seperti Emas dan Yen.

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: