Rundingan Brexit Dilanjutkan, UK Yakin Perjanjian Perdagangan Bebas Akan Tercapai

Rundingan Brexit Dilanjutkan, UK Yakin Perjanjian Perdagangan Bebas Akan Tercapai

Rundingan perdagangan terkini antara Biritsh dan EU telah dilanjutkan sehingga pertengahan minggu ini dengan UK menyuarakan keyakinan untuk mendapatk

Rundingan perdagangan terkini antara Biritsh dan EU telah dilanjutkan sehingga pertengahan minggu ini dengan UK menyuarakan keyakinan untuk mendapatkan perjanjian.

Menurut pegawai kerajaan British, Ketua Perunding EU Michel Barnier yang pada awalnya dijadualkan pulang pada hari Ahad lalu akan kekal di London untuk bermesyuarat sehingga 28 Oktober.

Laporan tersebut telah mengukuhkan pound di awal pembukaan pasaran minggu ini.

UK dan EU kini dilaporkan sedang maju ke fasa perbincangan yang lebih intesif bagi mengikat perjanjian perdagangan bebas setelah rundingan dihentikan sementara oleh British kerana menganggap EU tidak terbuka untuk memberi kerjasama.

Setiausaha Ireland Utara Brandon Lewis mengesahkan laporan bahawa Barnier masih berada di London.

Beliau berharap agar keberadaan Barnier dapat memberi petunjuk yang baik, iaitu konsesi perlu diberikan oleh EU untuk mencapai kesepakatan.

“Saya merasakan ada peluang yang cerah untuk kami mendapatkan perjanjian” kata Lewis dalam program BBC Andrew Marr pada hari Ahad lalu.

“Namun begitu, EU juga perlu memahami bahawa mereka juga harus bertindak.”, tambah beliau.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: