Rundingan Perdagangan AS-China Menunjukkan Kemajuan Yang Signifikan, Dapatkah Penambahan Tarif Dielakkan?

Rundingan Perdagangan AS-China Menunjukkan Kemajuan Yang Signifikan, Dapatkah Penambahan Tarif Dielakkan?

AS dan China telah mula menggariskan beberapa prinsip yang perlu dipatuhi bagi menamatkan konflik perdagangan mereka yang telah berlanjutan sekian la

AS dan China telah mula menggariskan beberapa prinsip yang perlu dipatuhi bagi menamatkan konflik perdagangan mereka yang telah berlanjutan sekian lama.

Kedua-dua kuasa besar ekonomi telah saling mengenakan tarif ke atas barangan yang berjumlah billion dollar sehingga mengakibatkan kelembapan pada pertumbuhan ekonomi global, mengubah rantaian bekalan dan menganggu sektor pembuatan.

Para pegawai di peringkat tertinggi akan meneruskan sesi rundingan di Washington pada hari ini dan esok, dan perbincangan yang berlangsung masih mengelak daripada mengengahkan permintaan badan pentadbiran Trump untuk China mengubah struktur ekonomi mereka.

Namun, menurut laporan Reuters, kedua-dua belah pihak cuba untuk mendapatkan kesepakatan sebelum 1 Mac hadapan dan beberapa prinsip yang digariskan pada awal perbincangan berpotensi untuk menamatkan pertemuan dengan sebuah perjanjian.

Tarikh 1 Mac merupakan penamat bagi pengangguhan penambahan tarif selama 90 hari yang dipersetujui oleh Trump dan Xi Jinping di Argentina pada tahun lalu.

Para perunding kini sedang membentangkan enam memorandum (MOU) terhadap beberapa isu pokok: pemindahan teknologi secara paksa dan jenayah siber, hak harta intelektual, perkhidmatan, matawang, sektor pertanian dan perdagangan tanpa halangan tarif.

Laporan ini sekali gus menunjukkan kemajuan rundingan yang positif dalam menamatkan perang perdagangan yang tercetus sejak tujuh bulan yang lalu

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: