Rusia Akan Belanjakan Sehingga AS$600 bilion Untuk Pertahanan, Keselamatan Menjelang 2025

Rusia Akan Belanjakan Sehingga AS$600 bilion Untuk Pertahanan, Keselamatan Menjelang 2025

Rusia merancang untuk membelanjakan sejumlah 34 trilion rubel (AS$600 bilion) untuk pertahanan negara, keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang a

Rusia merancang untuk membelanjakan sejumlah 34 trilion rubel (AS$600 bilion) untuk pertahanan negara, keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang antara 2022 dan 2025 di bawah pelan perbelanjaan terbaharunya.

Satu sumber yang biasa dengan pengiraan kementerian kewangan Rusia melaporkan kepada Reuters bahawa Rusia akan membelanjakan sejumlah 18.5 trilion rubel untuk pertahanan negara sepanjang tempoh tersebut.

Menurut angka terkini, sebanyak 4.7 trilion telah dibelanjakan oleh Rusia untuk sektor pertahanan pada tahun ini, melebihi 3.5 trilion yang dirancang sebelum ini.

Rusia terlibat dalam kempen ketenteraan yang mahal di negara jiran Ukraine, mengumumkan pengerahan 300,000 tentera lagi pada minggu ini.

Sementara itu,bagi unjuran perbelanjaan keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang tahun ini kekal tidak berubah pada 2.8 trilion rubel.

15.6 trilion rubel dijangka akan dibelanjakan antara 2022 dan 2025 berbanding dengan peruntukan sebelumnya sebanyak 8.7 trilion untuk tempoh 2022-24.

Tiada ulasan dari kementerian kewangan Rusia dan Reuters melaporkan bahawa tiada butiran lanjut dan lain diberikan oleh sumber tersebut.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: