russian-oil-e1671793952263

Rusia Bakal Kurangkan Pengeluaran Minyak Sebanyak 700,000 Tong Sehari

Rusia mungkin mengurangkan pengeluaran minyaknya sebanyak 500,000-700,000 tong sehari pada awal 2023 sebagai tindak balas kepada had harga negara G7 ke atas eksport minyak mentah negara.

“Kami bersedia untuk mengurangkan sebahagian pengeluaran kami pada awal tahun depan,” kata Timbalan PM Rusia Alexander Novak dalam temu bual dengan saluran TV Rossiya-24.

Beliau juga menambah jumlah pengurangan tersebut bersamaan dengan kira-kira 5%-6% daripada jumlah pengeluaran minyak yang telah dipam oleh Rusia ketika ini.

“Kami akan cuba mencari titik persamaan dengan parti lawan untuk mengelakkan risiko sedemikian,” kata Novak.

“Tetapi pada masa ini kami lebih suka mengambil risiko pemotongan pengeluaran berbanding terus berpegang pada dasar penjualan sejajar dengan ambang,” tambahnya.

Walaupun beliau menyifatkan potensi penurunan output itu sebagai “tidak ketara”, pemotongan saiz tersebut dilihat masih berpotensi mengurangkan bekalan pasaran minyak global ditengah-tengah jangkaan lonjakan semula permintaan dari China.

Novak, perunding utama Moscow di OPEC+, mengulangi bahawa Rusia tidak akan menjual minyak mentahnya kepada pembeli dan negara yang menggunakan had harga barat.

Pengeluar Rusia dapat mengubah hala eksport mereka ke pasaran-pasaran pesaing, termasuk Asia, memandangkan tenaga negara masih mendapat permintaan tinggi di peringkat global, katanya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *