Rusia tidak menyokong pengurangan pengeluaran minyak pada masa ini dan kemungkinan OPEC+ akan mengekalkan pengeluarannya stabil dalam pertemuan hari
Rusia tidak menyokong pengurangan pengeluaran minyak pada masa ini dan kemungkinan OPEC+ akan mengekalkan pengeluarannya stabil dalam pertemuan hari ini, lapor Wall Street Journal (WSJ) semalam.
Pada minggu lalu, Reuters memetik tiga sumber daripada OPEC+ dan melaporkan bahawa kemungkinan kumpulan itu akan mengekalkan kuota pengeluaran minyak bagi bulan Oktober.
Sumber-sumber itu juga berkata bahawa mereka tidak menolak kemungkinan berlakunya pemotongan pengeluaran untuk meningkatkan harga yang telah merosot daripada paras setinggi sejak awal tahun ini.
Isu pemotongan ini pernah diutarakan oleh pengeluar utama OPEC, Arab Saudi pada bulan lepas bertujuan mengimbangi pasaran.
Namun, Rusia bimbang pemotongan pengeluaran akan memberi isyarat kepada pembeli-pembeli minyak bahawa bekalan minyak mentah mengatasi permintaan global, kata akhbar WSJ semalam.
Mesyuarat OPEC+ kali ini diadakan ketika permintaan berkurangan sementara bekalan berpotensi dirangsang dengan kembalinya minyak mentah Iran ke dalam pasaran jika Tehran berjaya memuktamadkan perjanjian nuklearnya.
Negara kaya G7 juga telah bersetuju untuk mengenakan had harga minyak Rusia pada minggu lepas.
Bagimanapun, beberapa butiran baharu menujukkan bahawa rancangan itu hanya bertujuan untuk mengekang pendapatan untuk perang Moscow di Ukraine sambil mengekalkan aliran minyak mentah untuk mengelakkan kenaikan harga.
COMMENTS