Rusia Denda Google AS$98 Juta Kerana Gagal Menyekat Kandungan Internet

Rusia Denda Google AS$98 Juta Kerana Gagal Menyekat Kandungan Internet

Mahkamah Moscow mengenakan denda yang besar ke atas Google pada hari ini kerana kegagalan berulang kali enjin carian internet itu mengalih keluar kan

Mahkamah Moscow mengenakan denda yang besar ke atas Google pada hari ini kerana kegagalan berulang kali enjin carian internet itu mengalih keluar kandungan yang menyalahi undang-undang.

Keputusan itu dibuat sejajar dengan tekanan yang dikenakan oleh pihak berkuasa Rusia ke atas gergasi-gergasi teknologi asing.

Menurut akhbar mahkamah di Telegram, gergasi teknologi dari AS itu dikenakan denda sebanyak 7.2 bilion rubel, bersamaan AS$98 juta.

Rusia baru-baru ini telah mengenakan denda kepada beberaa syarikat teknologi terbesar dunia, dengan dakwaan bahawa mereka tidak menapis kandungan mereka dengan betul dan telah mencampuri urusan negara.

Bagaimanapun, denda yang telah diterima oleh Meta (Facebook), Twitter, Google dan gergasi teknologi asing yang lain ketika itu hanya mencecah puluhan juta rubel.

Agensi berita Interfax dalam laporannya menyebutkan bahawa denda tersebut dikira sebagai peratusan pendapatan tahunan Google.

Agensi berita Interfax melaporkan bahawa denda itu dikira daripada peratusan pendapatan tahunan Google.

Meta, yang akan berdepan perbicaraan di mahkamah atas pertuduhan yang sama, juga telah diancam dengan denda berasaskan hasil.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: