A helicopter flies over the Nordstream gas pipeline terminal prior to an inaugural ceremony for the first of Nord Stream's twin 1,224 kilometre gas pipeline through the Baltic Sea, in Lubmin November 8, 2011. When fully operational in late 2012, Nord Stream's two lines will have the capacity to transport 55 billion cubic metres of Russian gas a year to the EU for at least 50 years.  AFP PHOTO / JOHN MACDOUGALL

Rusia Hentikan Bekalan Gas Ke Poland, Bulgaria Kerana Tidak Penuhi Tuntutan Pembayaran

Rusia menghentikan bekalan gas ke Bulgaria dan Poland pada hari Rabu kerana menolak tuntutan membayar menggunakan rubel, satu tindak balas terbesar mensasarkan ekonomi EU selepas sekatan antarabangsa dikenakan ke atas mereka akibat pencerobohan di Ukraine.

Langkah itu dikecam oleh pemimpin-pemimpin Eropah dengan menggelarnya sebagai “ugutan”, dan muncul kerana negara-negara Eropah telah menyertai Amerika Syarikat menghantarkan senjata bagi membantu Ukraine menangkis serangan baru Rusia di Timur.

Gazprom, monopoli eksport gas Rusia, berkata dalam satu kenyataan bahawa mereka telah “menghentikan bekalan gas sepenuhnya ke Bulgargaz dan PGNIG kerana tidak melakukan pembayaran dalam rubel”.

“Prinsip asas undang-undang telah dilanggar,” kata Presiden Poland Andrzej Duda.

“Tindakan undang-undang yang sesuai akan diambil dan akan ada pampasan yang sesuai dari Gazprom kerana melanggar peruntukan kontrak,” tegas beliau.

Sementara itu, Menteri Tenaga Bulgaria Alexander Nikolov berkata, “Sudah jelas bahawa pada masa ini gas asli lebih digunakan sebagai senjata politik dan ekonomi dalam perang semasa.”

“Pengumuman sepihak oleh Gazprom menghentikan penghantaran gas kepada pelanggan di Eropah adalah satu lagi percubaan oleh Rusia untuk menggunakan gas sebagai instrumen ugutan,” kata Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen.

Bagaiamanapun jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan bahawa Rusia adalah pembekal tenaga yang boleh dipercayai sementara tuntutan pembayaran menggunakan rubel diperlukan untuk melindungi ekonomi daripada sekatan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *