Safe Haven Yen Ungguli Pasaran FX Empat Hari Berturut-turut

Safe Haven Yen Ungguli Pasaran FX Empat Hari Berturut-turut

Dollar jatuh ke paras terendah 7 November lalu pada hari Khamis berbanding matawang utama dunia yang lain didorong oleh kebimbangan bahawa AS bakal be

Dollar jatuh ke paras terendah 7 November lalu pada hari Khamis berbanding matawang utama dunia yang lain didorong oleh kebimbangan bahawa AS bakal berhadapan kemelesetan ekonomi yang teruk pada tahun hadapan walaupun Fed telah menaikkan kadar faedah kali keempat tahun ini.

Selain itu, walaupun ahli FOMC mengatakan bahawa mereka mungkin akan menaikkan kadar faedah sebanyak tiga kali seawal tahun 2020, hasil bon AS yang menjadi indikator kepada kemelesetan di masa hadapan telah jatuh sebanyak 10 mata asas pada hari ini.

Skeptikal pasaran terhadap keputusan dasar yang diumumkan Fed telah menekan dollar dan meningkatkan permintaan yen sebagai pilihan matawang safe haven.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain susut 0.55% kepada 96.51 mata.

Sementara USD/JPY pula meneruskan penurunan 4 hari berturut-turut, memecahkan support penting 112 dan kini didagang sekitar 111.60, jatuh 88 pips atau -0.78%,

Yen Jepun turut mencatat prestasi terbaik berbanding kesemua matawang lain dan berikut adalah kedudukan yen sehingga jam 11.30 malam:

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: