stock-red2

Saham Global Berisiko Kekal Dalam Kerugian Untuk Tahun Kedua

Pasaran saham global telah mencatatkan rekod kerugian sehingga AS$18 trilion pada tahun ini dan berisiko kekal di lautan merah pada 2023.

Berhadapan dengan kejatuhan saham teknologi, isu Covid di China dan tiadanya campur tangan bank pusat, kesemua halangan-halangan ini perlu diatasi bagi mengelak kerugian yang berterusan.

Indeks MSCI All-Country World menurun 20% pada 2022, berada di landasan untuk prestaasi terburuk sejak krisis 2008.

Kejatuhan indeks itu didorong oleh kenaikan kadar faedah berlipat kali ganda Federal Reserve, melebihi dua kali ganda hasil bon 10-tahun.

Menjelang tahun hadapan, para pembeli saham mungkin lebih tenang berikutan jarang untuk pasaran ekuiti utama mengalami kerugian dua tahun berturut-turut.

Indeks S&P 500 pernah mencatatkan kejatuhan berterusan selama dua tahun, namun hanya empat kali sejak 1928.

Bagaimanapun, para pelabur dilihat bimbang jika penurunan pada tahun kedua ini cenderung untuk lebih besar berbanding tahun pertama.

Para penganalisis menyimpulkan terdapat empat faktor utama yang akan terus menjadi penghalang dalam membentuk sentimen pasaran ekuiti tahun hadapan.

Empat faktor itu adalah kecenderungan dasar bank-bank pusat, perkembangan sektor teknologi dengan kenaikan kadar faedah, krisis pendapatan dan dagangan opsyen jangka pendek.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *