Saham Global Kembali Ke Lautan Merah Dengan Ancaman Tarif Trump Ke Atas China

Saham Global Kembali Ke Lautan Merah Dengan Ancaman Tarif Trump Ke Atas China

Saham-saham global pada hari Jumaat terus merosot, didorong oleh data ekonomi AS yang muram, keputusan drastik syarikat-syarikat dan ancaman Presiden

Saham-saham global pada hari Jumaat terus merosot, didorong oleh data ekonomi AS yang muram, keputusan drastik syarikat-syarikat dan ancaman Presiden Trump untuk mengenakan tarif baru ke atas China kerana krisis koronavirus.

Indeks saham dunia MSCI jatuh 0.5% pada hari Khamis lalu, memadamkan peningkatan enam hari berturut-turut.

Bursa saham UK pula jatuh apabila pasaran perumahan UK terpaksa dihentikan dengan FTSE 100 jatuh 2.2%, menutup semua keuntungan yang diperoleh pada awal minggu lalu.

Pengendali British Airways IAG dalam butiran perancangan mereka yang terbaru akan membuang 2.6% kakitangan mereka, termasuk seperempat juruterbangnya, bertujuan mengatasi kejatuhan sektor penerbangan akibat Covid-19.

Di Asia, dengan kebanyakkan pasaran ditutup sempena Hari Pekerja, indeks Nikkei jatuh telah jatuh 2.8% akibat kemerosotan syarikat-syarikat pembuat cip. Saham Australia pula mencatat penurunan terbesar dalam tempoh lima minggu sekitar 5%.

Antara faktor utama yang memicu sentimen negatif di dalam pasaran adalah komen Trump pada hari Khamis yang mengatakan bahawa beliau bimbang dengan peranan China yang menjadi asal dan punca penyebaran wabak koronavirus.

Trump mengatakan usaha beliau mendapatkan perjanjian perdagangan bersama China kini menjadi isu kedua terpenting selepas pandemik.

Oleh itu, beliau akan mengancam Beijing dengan tarif yang baru sebagai salah satu langkah menangani impak wabak ke atas ekonomi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: