Saham MyEG Terus Meningkat, Konsesi Perkhidmatan e-Kerajaan Dilanjutkan

Saham MyEG Terus Meningkat, Konsesi Perkhidmatan e-Kerajaan Dilanjutkan

Syarikat My EG Services Bhd (MyEG) pada hari ini berkata mereka telah menerima lanjutan tiga tahun daripada kerajaan untuk membekalkan e-perkhidmatan

Syarikat My EG Services Bhd (MyEG) pada hari ini berkata mereka telah menerima lanjutan tiga tahun daripada kerajaan untuk membekalkan e-perkhidmatan pembaharuan pass sementara pekerja asing yang bernilai sekitar RM 208 juta.

MyEG mengatakan bahawa pihaknya telah menerima surat pemberitahuan lanjutan tersebut dari Kementerian Dalam Negeri pada hari ini yang mana berkuatkuasa bermula 23 Mei 2020 sehingga 22 Mei 2023.

Peruntukan tersebut adalah untuk pembaharuan pas – yang dikenal sebagai pas lawatan kerja sementara (PLKS) – di bawah Jabatan Imigresen.

“Syarat pembaharuan tidak dinyatakan dalam Surat dan perjanjian untuk merasmikan lanjutan akan ditandatangani dan diumumkan oleh Syarikat pada waktunya,” kata MyEG.

Konsesi ini pertama kali dikeluarkan pada 5 Januari 2017 dan dipanjangkan sementara oleh Kementerian pada 22 Mei 2020 hingga semalam (30 Jun) sementara menunggu keputusan akhir dari Putrajaya.

Selain itu, MyEG juga menyediakan perkhidmatan e-kerajaan lain untuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi perkhidmatan yang berkaitan dengan pendaftaran kenderaan, pelesenan dan pembayaran saman.

Perbincangan dengan Kerajaan mengenai pembaharuan konsesi tersebut belum selesai, kata MyEG semalam, dan pihaknya akan terus memberikan perkhidmatan tersebut sehingga tempoh yang diberitahu kelak.

Saham MyEG melonjak 10 sen atau 7.04% pada jam terakhir dagangan dan ditutup pada RM1.52, menjadikan nilai kumpula kepada RM5.25 bilion.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: