Saham-Saham Eropah Meningkat Di Awal Dagangan.

Saham-Saham Eropah Meningkat Di Awal Dagangan.

Jumaat, saham-saham di Eropah mencatatkan peningkatan lebih tinggi di awal dagangan selepas data pendapatan timbal balik saham Societe Generale di ban

Jumaat, saham-saham di Eropah mencatatkan peningkatan lebih tinggi di awal dagangan selepas data pendapatan timbal balik saham Societe Generale di bank Perancis serta syarikat telekom Belanda Altice, walaupun keuntungan untuk ekuiti teknologi dan pengeluaran kenderaan mencatatkan sedikit kerugian.

STOXX 600 meningkat 0.1% menyamai percapaian yang sama untuk minggu kedua berturut-turut. Sementara itu STOXX50E juga mencatatkan peningkat 0.1%.

FTSE 100 Britain meningkat 0.3% kesan daripada kenaikan kadar pertama BOE dalam masa lebih dari 1 dekad.

Hari Jumaat menjadi hari yang sibuk buat pedagang dengan tarikan daripada data-data tahunan dari bank. Societe Generale menjunam 3.8% selepas Bank Perancis mengeluarkan data pendapatan untuk suku ketiga tahunan yang meningkat 15% daripada pelaburan-pelaburan dari sektor perbankan mereka.

Syarikat telekomunikasi Altice mencatatkan satu lagi kejatuhan terburuk dengan kejatuhan sebanyak 7.9% selepas melancarkan objektif tahunan yang lebih berhati-hati selepas laporan pada suku tahunan ketiga mencatatkan keputusan yang lebih rendah daripada yang dijangkakan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: