singapore-dollar

Saham Teknologi Singapura Terus Merosot, Hapus AS$110b Dalam Permodalan Pasaran

Pelabur dalam dua syarikat internet terbesar Singapura berdepan kerugian besar apabila kadar faedah meningkat dan risiko kemelesetan melanjutkan kejatuhan sektor teknologi yang menghapuskan AS$110 bilion daripada permodalan pasaran mereka.

Saham pengendali platform e-dagang Sea Ltd menjunam 78% tahun ini manakala saham firma pengangkutan Grab Holdings Ltd telah berkurangan lebih daripada separuh.

Kedua-dua syarikat itu disenaraikan di New York, merupakan firma teknologi terbesar di Singapura mengikut nilai pasaran.

Syarikat itu kemudiannya ditambah ke dalam Indeks MSCI Singapura dengan sambutan hangat sejak dua tahun lalu apabila keinginan risiko cenderung kepada saham-saham teknologi.

Namun begitu, kadar faedah yang lebih tinggi dan ekonomi yang perlahan menimbulkan satu lagi tahun yang mencabar apabila pelabur mempersoalkan keupayaan mereka untuk memperoleh keuntungan.

Indeks MSCI Singapura turun 14% tahun ini, dengan Sea merekodkan penurunan keempat terbesar sekitar 8.4% dan Grab pada kira-kira 2%.

Sebaliknya, Indeks Straits Times yang dikuasai oleh sektor ekonomi lama seperti bank dan hartanah naik kira-kira 5%.

Tinjauan bagi syarikat teknologi yang berpangkalan di Singapura kekal malap susulan kebimbangan tentang kemelesetan telah mencetuskan pemberhentian kerja, penutupan unit perniagaan serta mengekang perbelanjaan di seluruh industri teknologi.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *