Saham Tesla Merosot, Bitcoin Jatuh Ke Paras Terendah Tiga Bulan

Saham Tesla Merosot, Bitcoin Jatuh Ke Paras Terendah Tiga Bulan

Saham Telsa (TSLA) merosot lebih dua peratus pada sesi pasaran hari Isnin susulan perubahan pendirian CEO Elon Musk terhadap Bitcoin, matawang kripto

Saham Telsa (TSLA) merosot lebih dua peratus pada sesi pasaran hari Isnin susulan perubahan pendirian CEO Elon Musk terhadap Bitcoin, matawang kripto yang dijulangnya hingga minggu lalu.

Menerusi ciapan Twitter daripada komuniti kripto pada hujung minggu lalu, terdapat spekulasi dan perbincangan yang menyebutkan bahawa Musk akan mengesa Tesla untuk menjual lebih dari $ 1.5 bilion Bitcoin yang telah dibelinya awal tahun ini.

Namun spekulasi tersebut dinafikan oleh Musk pada hari Isnin dengan mengatakan bahawa Tesla tidak menjual Bitcoin yang dimiliki dan tidak mempunyai niat untuk menjualnya.

Walau bagaimanapun, situasi di atas telah menekan bukan sahaja Bitcoin tetapi juga kebanyakan matawang kripto yang lain.

BTC kini didagang sekitar $43,000, jatuh hampir 10% ke paras terendah tiga bulan yang lalu.

Tesla telah berjaya mengaut keuntungan lebih dari $100 juta pada suku pertama hasil pegangan Bitcoinnya.

Namun, sejak Tweet pertama Musk pada hari Khamis untuk tidak lagi menerima pembelian kereta Tesla menggunakan Bitcoin, muncul begitu banyak spekulasi tentang nasib wang yang telah dilaburkan oleh syarikat itu pada Februari lalu.

Musk pada minggu lalu mengatakan bahawa syarikatnya hanya akan kembali menggunakan Bitcoin sehingga perlombongan matawang kripto itu dapat beralih ke tenaga yang lebih mampan.

Selain itu, Musk juga telah beralih memberi sokongan yang lebih kuat ke atas Dogecoin, satu aset kripto yang baru dibeli beliau dan berkata Tesla kini sedang bekerjasama dengan pembangun Doge untuk meningkatkan kecekapan transaksi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: