Saham Twitter Menjunam Susulan Penutupan Akaun Donald Trump

Saham Twitter Menjunam Susulan Penutupan Akaun Donald Trump

Saham Twitter Inc jatuh lebih 6% pada hari Isnin selepas syarikat sosial media itu memutuskan untuk menggantung akaun Donald Trump buat selama-lamany

Saham Twitter Inc jatuh lebih 6% pada hari Isnin selepas syarikat sosial media itu memutuskan untuk menggantung akaun Donald Trump buat selama-lamanya pada hari Jumaat lalu.

Tindakan tersebut telah memicu kebimbangan dikalangan pelabur terhadap masa depan undang-undang media sosial di Amerika Syarikat.

Potensi risiko keganasan yang lebih tinggi susulan serangan Capitol Hill minggu lalu, Twitter pada hari Jumaat telah memutuskan untuk menutup akaun Presiden Trump yang mempunyai 88 juta pengikut.

Keputusan tersebut walau bagaimanapun menerima kritikan daripada sebahagian ahli Republik yang mendesak supaya diberikan hak kebebasan bersuara kepada presiden mereka.

Canselor Jerman Angela Merkel turut mengkritik tindakan Twitter dan memperingatkan bahawa keputusan menghalang risiko hak bersuara ini sepatutnya dilakukan oleh kerajaan, bukan syarikat swasta.

Pesuruhjaya Kesatuan Eropah, Thierry Breton pula berpandangan bahawa peristiwa minggu lalu berkemungkinan mengisyaratkan bermulanya era kawalan rasmi yang lebih ketat.

Platfrom media sosial lain yang mengeluarkan larangan yang sama ke atas Trump seperti Facebook dan Google turut mengalami kemerosotan dengan masing-masing susut 4% dan 2%.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: