Saham Wall Street Meningkat Dengan Jangkaan Bantuan Bill Covid-19 AS Yang Keempaat

Saham Wall Street Meningkat Dengan Jangkaan Bantuan Bill Covid-19 AS Yang Keempaat

Saham Wall Street memulakan dagangan pada minggu ini dengan nada yang positif berikutan para pelabur menyambut baik keputusan Trump pada hujung mingg

Saham Wall Street memulakan dagangan pada minggu ini dengan nada yang positif berikutan para pelabur menyambut baik keputusan Trump pada hujung minggu lalu untuk melanjutkan usaha pembendungan Covid-19 sehingga akhir bulan April.

Keputusan tersebut diumumkan sehari selepas Trump menyebut hari Easter (12 April) sebagai waktu yang paling sesuai bagi membuka semula ekonomi negara.

Walaupun langkah tersebut bertujuan mencegah penularan virus, namun ianya tetap meningkatkan risiko kemelesetan yang lebih buruk berikutan perniagaan akan terus ditutup untuk tempoh 30 hari lagi.

Para pelabur juga dilihat menjangkakan bantuan-bantuan tambahan daripada Kongres selepas Trump mengumumkan pakej ransangan terbesar dalam sejarah AS ($2 trillion USD).

Nancy Pelosi, Ketua Majoriti Dewan Rakyat berkata bill koronavirus yang keempat akan melibatkan pemulihan yang mana mensasarkan bantuan kepada infrastruktur seperti hosptil dan rumah kebajikan di samping meningkatkan perlindungan kepada pekerja menerusi cuti sakit dan peluang bersama keluarga.

Kenyataan tersebut telah mendorong pemulihan saham teknologi dan penjagaan kesihatan dengan saham-saham chips dan saham FANG (Facebook, Amazon, Netflix, Google) kesemuanya mencatat peningkatan terbesar pada hari Isnin.

Peningkatkan saham chip walau bagaimanapun tidak bergerak selari dengan kebimbangan sebahagian besar pelabur terhadap potensi kemelesetan pada industri tersebut.

Citigroup menjangkakan bahawa industri chips akan mengikuti corak yang sama sebagaimana kemelesetan yang berlaku pada 2008 sehingga 2009, iaitu kejatuhan mendadak pada suku tahun kedua, kemudian pulih pada suku tahun keempat dan suku tahun pertama pada tahun berikutnya.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: