Saham Wall Street Menjunam, Ditekan Oleh Isu Virus & Kebuntuan Ransangan Fiskal Yang Baru

Saham Wall Street Menjunam, Ditekan Oleh Isu Virus & Kebuntuan Ransangan Fiskal Yang Baru

Indeks utama Wall Street pada hari ini jatuh menghampiri paras terendah tujuh minggu lalu, dipandu oleh kebimbangan terhadap masa depan ekonomi domes

Indeks utama Wall Street pada hari ini jatuh menghampiri paras terendah tujuh minggu lalu, dipandu oleh kebimbangan terhadap masa depan ekonomi domestik selepas diperkenalkan sekatan pergerakan yang baru serta ketidakmampuan Kongres untuk bersama-sama meluluskan lebih banyak ransangan fiskal.

Kesemua indeks utama S&P merosot, dengan sektor tenaga mendahului kejatuhan, ditekan oleh isu lebih bekalan dengan kembalinya pengeluaran minyak di Libya.

Indeks utama Wall Street telah merosot pada tiga minggu terakhir akibat aliran keluar para pelabur dari saham-saham teknologi selepas S&P 500 dan Nasdaq kembali ke rekod tertinggi.

Sekatan pergerakan pertama yang mula diperkenalkan pada bulan Mac lalu telah menyebabkan S&P 500 menjunam ke paras terburuk bulanan sejak krisis kewangan global, dan dengan sekatan terbaru, sebahagian penganalisis melihat ianya akan mengancam proses pemulihan dan menambah tekanan ke atas pasaran ekuiti.

“Kami telah berada dalam perdagangan jenis momentum sejak berminggu-minggu yang lalu,” kata Rick Meckler, rakan kongsi di Cherry Lane Investments, sebuah syarikat pelaburan keluarga di New Vernon, New Jersey.

“Ketika pasaran menaik, punca utamanya adalah orang ramai ingin masuk sebelum harga berada di paras yang lebih tinggi. Dan kini orang menjadi bimbang jika keuntungan yang luar biasa pada tahun ini semuanya akan dapat dikembalikan.”, jelas beliau.

Thomas Mantione, pengarah urusan di UBS Private Wealth Management di Stamford pula mengatakan kematian Hakim Mahkamah Agung AS, Ruth Bader Ginsburg juga mengurangkan peluang untuk diluluskan pakej rangsangan fiskal yang lain.

“Anda sekarang perlu meletakkan satu lagi faktor rundingan dalam keputusan rangsangan dasar fiskal, yang mana potensi untuk diluluskan sebelum pilihan raya November semakin menurun,” ujar Mantione.

Sejak beberapa minggu terakhir, Kongres AS mengalami kebuntuan untuk menentukan saiz dan bentuk bagi belanjawan koronavirus yang kelima, selepas hampir AS$3 trilion bantuan telah diluluskan ke dalam undang-undang.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: