Saham Zoom Melambung Tinggi, Meningkatkan ‘Net Worth’ CEO Sebanyak AS$6.6b Dalam Sehari

Saham Zoom Melambung Tinggi, Meningkatkan ‘Net Worth’ CEO Sebanyak AS$6.6b Dalam Sehari

Saham Zoom melonjak 41% pada hari Selasa lalu selepas laporan hasil dan pendapatan menjangkaui ramalan penganalisis, mengangkat nilai permodalan pasa

Saham Zoom melonjak 41% pada hari Selasa lalu selepas laporan hasil dan pendapatan menjangkaui ramalan penganalisis, mengangkat nilai permodalan pasaran syarikat perisian persidangan video ini kepada $129 bilion.

Syarikat pembuat perisian ini telah melaporkan peningkatan 355% jualan kepada AS$663.5 juta dalam tempoh tiga bulan sehingga 31 Julai berbanding setahun yang lalu.

Data tinjauan Bloomberg menunjukkan peningkatan tersebut merupakan kedua terbesar di kalangan 100 syarikat teknologi yang tersenarai di bawah indeks Nasdaq selepas Moderna Inc.

Zoom juga mengatakan bahawa jualan dijangka mencecah sekitar AS$2.39 bilion pada tahun fiskal yang berakhir pada bulan Januari 2021.

Memetik bacaan indeks Bloomberg Billionaires, lonjakan tersebut juga telah meningkatkan nilai kekayaan bersih CEO Zoom, Eric Yuan sebanyak AS$6.6 bilion kepada AS$23 bilion.

Zoom telah menjadi salah satu syarikat teknologi yang jelas memperoleh manfaat dari penularan wabak koronavirus berikutan perniagaan dan institusi pendidikan kini beralih kepada perkhidmatan jarak jauh bagi meneruskan pekerjaan dan pengajaran.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: