Sambutan Thanksgiving & Kesannya Kepada Pasaran Forex

Sambutan Thanksgiving & Kesannya Kepada Pasaran Forex

Ekuiti global telah meningkat pada setiap bulan tahun ini, dan kebanyakkan pemilik ekonomi utama terus berkembang dengan baik. Minggu ini merupakan

Ekuiti global telah meningkat pada setiap bulan tahun ini, dan kebanyakkan pemilik ekonomi utama terus berkembang dengan baik.

Minggu ini merupakan minggu percutian pendek untuk penduduk Amerika dengan pasaran kewangan US akan ditutup sepenuhnya pada hari Khamis bagi menyambut hari Thanksgiving, dan juga akan ditutup lebih awal pada hari Jumaat.

Tradisi pasaran ditutup lebih awal sehari selepas sambutan Thanksgiving ini telah berlaku sejak tahun 1992, dan kebanyakkan pelabur menjangkakan hanya separuh jumlah yang akan didagangkan pada hari Jumaat berbanding hari-hari yang lain.

Para pelabur akan mengambil peluang ini untuk menilai semula prestasi keuntungan mereka serta potensi risiko yang bakal di hadapi dalam keadaan kurangnya liquidity menjelang penutupan pasaran seawal hari Khamis nanti. Kecairan yang kurang akan menyebabkan perbezaan (spread) yang tinggi pada permintaan dan penawaran harga.

Black Friday adalah hari yang akan merasmikan musim perbelanjaan dengan kebanyakkan peruncit akan memberi peluang tawar menawar kepada mereka yang mencari hadiah sempena sambutan Krismas.

New York Stock Exchange (NASDAQ) akan ditutup pada jam 2.00 pagi GMT+8 (Sabtu), manakala Persatuan Industri Pasaran Sekuriti dan Kewangan pula akan menghentikan operasi untuk pasaran bon sejam selepas penutupan NASDAQ iaitu pada jam 3.00 pagi.

Pasaran antarabangsa lain masih beroperasi seperti biasa dan pasaran matawang akan terus dibuka 24 jam, namun jumlah dagangan dijangka akan lebih kecil bermula hari Khamis dan Jumaat berikutan kekurangan liquidity.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: