Sapura Energy Bhd Potong 50% Gaji Pihak Pengurusan, Berkuat Kuasa Serta Merta

Sapura Energy Bhd Potong 50% Gaji Pihak Pengurusan, Berkuat Kuasa Serta Merta

Sapura Energy Bhd pada hari ini berkata mereka telah mengambil langkah penjimatan di peringkat dalaman bagi mengurangkan impak akibat pandemik Covid-

Sapura Energy Bhd pada hari ini berkata mereka telah mengambil langkah penjimatan di peringkat dalaman bagi mengurangkan impak akibat pandemik Covid-19 dan harga minyak mentah yang rendah, memotong 50 peratus gaji pihak pengurusan dan berkuat kuasa serta-merta.

Presiden dan CEO Sapura, Tan Sri Shahril Shamsuddin berkata amat penting untuk pihak pengurusan diperingkat tertinggi menanggung impaknya terlebih dahulu bagi melindungi kakitangan yang lebih terkesan.

“Covid-19 dan harga minyak yang rendah telah memberi kesan kepada kekuatan kewangan syarikat”, jelas Shahril.

“Bagi mengekalkan perniagaan kami, beberapa langkah penjimatan perlu dilaksanakan dengan segera bagi melindungi aliran tunai kami”, tambah beliau.

Langkah tersebut termasuk melaraskan semula gaji-gaji para pekerja antara 5 sehingga 45 peratus selepas bulan Ramadan, serta mengurangkan saiz kakitangan.

Walau bagaimanapun, Shahril berkata syarikat akan memastikan mereka yang berpendapatan rendah tidak begitu terbeban dengan pemotongan yang dilakukan.

Beliau turut menjamin bahawa pihak pengurusan mempunyai strategi yang menyeluruh untuk mengemudi syarikat keluar daripada cabaran yang mana turut menimpa pelbagai jenis perniagaan yang lain.

“Landskap industri akan sukar untuk bergerak kehadapan, namun kami akan mengekalkan daya tahan kami, kami akan keluar daripada cabaran ini dengan lebih teguh dan kukuh”, kata Shahril.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: