ptptn-moratorium

Sarawak Bayar RM90.4 juta, Bantu Langsai Hutang PTPTN Pelajar

Kerajaan Sarawak telah membayar sebanyak RM90.42 juta kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk melunaskan 30% daripada hutang pelajar yang berasal dari negeri Malaysia Timur itu.

Pengerusi PTPTN, Norliza Abdul Rahim, berkata jumlah itu dibayar berikutan pemeteraian MoU pada Mac 2011 lalu bagi skim insentif pembayaran balik pinjaman pelajar PTPTN Sarawak, lapor Bernama.

Di bawah perjanjian itu, kerajaan negeri akan membayar sehingga 30% daripada baki pinjaman PTPTN semasa bagi peminjam yang telah menjelaskan sekurang-kurangnya 30% daripada hutang mereka.

“Hari ini, Yayasan Sarawak sekali lagi menyalurkan peruntukan insentif untuk pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada pelajar Sarawak, berjumlah RM12.43 juta dan dianggarkan 3,000 peminjam layak akan menerima insentif ini.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang disalurkan oleh kerajaan negeri Sarawak sebanyak RM90.42 juta, memberi manfaat kepada lebih 25,000 peminjam PTPTN di kalangan pelajar Sarawak,” katanya dalam kenyataan pada Rabu (27 Dis).

Beliau juga berkata bahawa pembayaran balik kepada skim pinjaman itu adalah sambungan daripada inisiatif yang pertama kali digariskan dalam Belanjawan Sarawak 2020.

Pada November yang lalu, Perdana Menteri Sarawak Abang Johari Openg berkata RM30 juta akan diperuntukkan di bawah bajet negeri 2024 untuk membantu graduan Sarawak menjelaskan hutang mereka.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *