Satu Bitcoin Kini Berharga Lebih RM41 Ribu ($10K USD)

Satu Bitcoin Kini Berharga Lebih RM41 Ribu ($10K USD)

Bitcoin akhirnya mencecah paras psikologi yang paling besar, melepasi $10,000 per coin tanpa menunjukkan sebarang petanda untuk turun. Pengukuhan Bitc

Bitcoin akhirnya mencecah paras psikologi yang paling besar, melepasi $10,000 per coin tanpa menunjukkan sebarang petanda untuk turun. Pengukuhan Bitcoin bermula sejak hari Thanksgiving yang lalu apabila berjaya sampai ke paras $8,000.

Pada hari Black Friday pula melihat matawang krypto ini tutup di atas $8,000 sebelum bergerak melebihi paras $9,000 pada hari Sabtu.

Kemudian harga terus bergerak menghampiri paras $10,000 didorong oleh jumlah dagangan yang besar apabila perasaan khuatir jika terlepas peluang telah membawa masuk lebih ramai pelabur-pelabur baru.

Berikut adalah perubahan harga Bitcoin sejak hari Thanksgiving (23 Nov) sehingga 29 November.

Perubahan besar Bitcoin yang bermula di bawah $1,000 sehingga melonjak lebih $10,000  bukanlah berlaku secara tiba-tiba. Namun didorong oleh penerimaan mainstream dan juga jumlah dagangan yang besar. Jumlah transaksi Bitcoin kini melebihi AS$2 billion.

Tahun ini merupakan tahun paling sibuk untuk Bitcoin dengan pelbagai pengumuman dibuat di media arus perdana setiap negara sehingga membawa kepada kemasukan Bitcoin di futures market.

Dua kaunter pasaran hadapan (futures markets) terbesar, Chicago Mercantile Exchange (CME) dan juga Chicago Board of Options Exchange (CBOE) akan melancarkan Bitcoin futures tidak lama lagi.

Selain itu, penerimaan Bitcoin secara global termasuk negara-negara tanpa tekonologi tinggi seperti Venezuela juga telah mengukuhkan lagi transaksi matawang ini. Pertumbuhan mesin ATM Bitcoin turut meningkat dengan hampir 4.8 mesin di hasilkan setiap hari.

Berdasarkan kesemua laporan-laporan di atas bukanlah sesuatu yang mustahil untuk Bitcoin mencapai $10,000 per unit, dan tidak mustahil juga untuk harga naik lebih tinggi jika Bitcoin terus diterima pakai oleh masyarakat awam dan badan-badan kewangan besar yang lain.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: