SC Malaysia: Operasi ATM Kripto Di Malaysia Belum Pernah Diluluskan

SC Malaysia: Operasi ATM Kripto Di Malaysia Belum Pernah Diluluskan

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada hari ini menggesa orang ramai supaya berhati-hati dengan penggunanan Mesin Juruwang Automatik (ATM) Kripto be

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada hari ini menggesa orang ramai supaya berhati-hati dengan penggunanan Mesin Juruwang Automatik (ATM) Kripto berikutan tiada kelulusan pernah diberikan untuk mereka untuk beroperasi.

“ATM Kripto adalah sebuah mesin yang membolehkan individu membeli atau menjual aset digital secara tunai atau menggunakan e-wallet.

Mesin tersebut telah dipasang di pelbagai lokasi di Malaysia, memudahkan pertukaran pelbagai jenis aset digital dengan mata wang fiat dan sebaliknya.” jelas SC.

SC dalam kenyataannya turut memberi peringatan kepada orang ramai bahawa entiti yang mengendalikan ATM Kripto perlu berdaftar di bawah Bursa Aset Digital (DAX).

“Setakat ini, SC belum mendaftarkan mana-mana pihak untuk mengendalikan ATM Kripto”, tambah mereka.

Orang awam diingatkan supaya tidak berurusan dengan pihak atau individu yang tidak berlesan kerana mereka tidak akan dilindungi oleh undang-undang sekuriti Malaysia serta terdedah dengan risiko penipuan dan pengubahan wang haram.

Selain itu, SC juga memberi amaran supaya dihentikan segera operasi ATM Kipto ini kerana menjalankan urusan DAX tanpa kelulusan adalah menyalahi undang-undang negara.

“Sesiapa yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10 juta
atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya,” kata mereka.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: