Sedalam Manakah ‘Rate Cut’ Yang Akan Diputuskan Oleh Fed Pada Minggu Ini?

Sedalam Manakah ‘Rate Cut’ Yang Akan Diputuskan Oleh Fed Pada Minggu Ini?

Pengisytiharan virus covid-19 sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah meletakkan pasaran dalam keadaan panik sehingga memperli

Pengisytiharan virus covid-19 sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah meletakkan pasaran dalam keadaan panik sehingga memperlihatkan kejatuhan mendadak pasaran saham global sepanjang minggu lalu.

Presiden Trump turut mengumumkan kecemasan negara pada hari Jumaat yang lalu apabila kes jangkitan yang disahkan mencapai 2,000 dengan 50 kematian.

Kini, keputusan kadar faedah Fed yang akan diumumkan pada hari Rabu, 18 Mac menjadi perhatian utama diiringi persoalan sedalam manakah pemotongan kadar faedah yang akan diperkenalkan.

Pasaran juga akan mengemas kini sejauh mana bentuk pelonggaran kuantitatif dan kredit yang akan diumumkan dengan tujuan menyelamatkan ekonomi AS daripada bebanan koronavirus.

Sentimen sebelum ini memulih dengan kejutan ‘rate cut’ Fed yang lebih besar pada 3 Mac yang lalu iaitu sebanyak 50 mata asas (bps) atau 0.50%

Namun begitu, keputusan tersebut turut memicu spekulasi terhadap keputusan bank pusat selanjutnya sehingga membawa kepada pengalihan dana yang besar daripada aset-aset berisiko kepada instrument yang lebih selamat.

Fed dijangka akan terus menurunkan kadar faedah sebanyak 100 bps sehingga 0% pada bulan April dan laporan outlook pertumbuhan Fed yang akan dikeluarkan pada minggu ini dijangka akan memberi isyarat yang lebih jelas terhadap pandangan tersebut.

Selain daripada Fed, reaksi kerajaan AS menerusi sokongan fiskal juga menjadi tumpuan di mana sebahagian ahli ekonomi melihat kepentingannya adalah lebih tinggi berbanding pengolahan dasar kewangan bank pusat.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: