Sehari Sebelum Perjumpaan Xi-Trump; Korea Utara Lancar Peluru Berpandu Sekali Lagi

Sehari Sebelum Perjumpaan Xi-Trump; Korea Utara Lancar Peluru Berpandu Sekali Lagi

Presiden China Xi Jinping dijadualkan akan bertemu dengan Presiden AS Donald Trump pada esok hari apabila Korea Utara sekali lagi melancarkan tembakan

Presiden China Xi Jinping dijadualkan akan bertemu dengan Presiden AS Donald Trump pada esok hari apabila Korea Utara sekali lagi melancarkan tembakan balistik peluru berpandu jarak sederhana mereka ke perairan laut timur Korea Selatan. Peluru berpandu yang dilancarkan awal pagi tadi itu, telah berjaya mencapai jarak sejauh 60 kilometer.

Tindakan Korea Utara tersebut dilihat sebagai tindakan provokasi kepada China khususnya, dalam usaha AS untuk merapatkan jurang perbezaan imbangan perdagangan antarabangsa antara kedua-dua negara ini. China sebelum ini telah menyekat kemasukan import arang batu dari Korea Utara dan memberontak ke atas tindakan Korea Selatan yang telah menempatkan sistem perlindungan peluru berpandu buatan AS.

Dalam laporan imbangan perdagangan yang diterbitkan semalam, jurang perbezaan dilihat semakin bertambah baik. Perjumpaan Xi-Trump esok hari dijangka akan memfokuskan tentang kebimbangan AS tentang defisit perdagangan mereka, sambil China dalam laporan yang berasingan dilaporkan menjadi pengimport terbesar minyak dari AS mendahului Kanada. Jumlah import barangan dari China juga dilihat jatuh merudum.

Jualan kenderaan di AS pula menyaksikan penurunan yang agak ketara, kilang-kilang sudah mula memberhentikan pekerja disebabkan oleh kurangnya permintaan. Ini sedikit sebanyak memberi tekanan pada pentadbiran Trump yang seawal dahulu mahu lebih banyak kilang kenderaan dibina di AS.

Beberapa terbitan dan laporan ekonomi berimpak tinggi dijadualkan pada hari ini. Untuk Dollar, Tukaran Pekerjaan ADP dan PMI Bukan-Pembuatan ISM antara yang penting untuk memacu semula momentum bullish pada ketika ini. Awal esok pagi pula minit mesyuarat FOMC akan diterbitkan, perincian data dan pendapat ahli FOMC di dalam minit mesyuarat ini adalah sangat penting menjelang NFP nanti.

Sebarang data dan nada/output yang positif daripada ketiga-tiga terbitan data di atas mungkin dapat menyuntik kenaikan Dollar. Dan jika sebaliknya berlaku, Dollar yang sedikit melemah sejak sesi pembukaan pasaran AS semalam akan terus ditekan dan ia juga mungkin dapat membayangkan apa keputusan NFP nanti dan ke mana arah pasaran akan digerakkan.

Pergerakan USD Indeks telah diulas oleh Cikgu Fahmi, anda boleh baca melalui pautan berikut : https://www.ctc.fm/laporan-dxy-aka-usd-indeks-05042017/

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: