Sejauh Mana Harapan ‘Trade Talk’ Dapat Memulihkan USD?

Sejauh Mana Harapan ‘Trade Talk’ Dapat Memulihkan USD?

Dollar meningkat berbanding matawang utama dunia yang lain pada hari Isnin, didorong harapan rundingan perdagangan yang baru dapat mengurangkan ketega

Dollar meningkat berbanding matawang utama dunia yang lain pada hari Isnin, didorong harapan rundingan perdagangan yang baru dapat mengurangkan ketegangan antara AS dan China.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain naik 0.24% kepada 96.23 setakat jam 5.35 petang.

Selepas jatuh sejak hari Khamis yang lalu, indeks telah memulakan dagangan minggu ini untuk kembali di zon positif.

Namun begitu bullish USD perlu berhadapan penghalang utama sekitar 96.30 mata bagi mengukuhkan momentum menaik.

Dengan kedatangan delegasi China yang diketuai oleh Timbalan Menteri Perdagangan mereka ke AS bagi meneruskan rundingan perdagangan untuk pusingan yang baru telah memberi harapan kepada dollar.

Kesan positif ini sekurang-kurangnya dapat bertahan untuk tempoh masa terdekat terutamanya jika pasaran kekal optimis dengan hasil yang akan diperoleh daripada pertemuan sebelum tariff baru dilaksanakan akhir bulan ini.

Tanpa sebarang data yang penting pada hari ini, perkembangan Turki dan lira terus menjadi fokus utama pelabur bagi melihat trend risiko yang berada di dalam pasaran bagi menentukan pergerakan dollar seterusnya.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: