china-factory

Sekatan Covid Di Wuhan, Bangkitkan Kebimbangan Terhadap Isu Rantaian Bekalan Global

Wuhan dilaporkan telah menyekat pergerakan sebuah daerah dipinggir negeri, penutupan Covid-19 pertama bandar China itu sejak langkah tersebut diperkenalkan pada tahun 2020.

Tindakan itu menjejaskan dan menunjukkan pemulihan China pasca pandemik yang masih jauh daripada paras normal.

Lebih daripada dua tahun sejak bandar itu ditutup untuk membendung penyakit radang paru-paru misteri, hampir satu juta penduduk daerah Jiangxia di Wuhan telah diarahkan untuk berada di rumah mereka dan hanya keluar apabila perlu.

Semua pengangkutan awam telah dihentikan dan tempat hiburan ditutup selama tiga hari selepas empat kes tanpa gejala ditemui di daerah itu pada hari Selasa.

Walaupun setakat ini sekatan hanya dikenakan ke atas satu daerah, namun langkah itu mencetuskan kebimbangan terhadap risiko sekatan yang lebih meluas.

Kehidupan di bandar yang dilanda pandemik dengan 11 juta orang sebahagian besarnya telah kembali normal sejak penutupan awal pada tahun 2020, kini berisiko terjejas dengan kehadiran wabak kecil pada bulan April dan beberapa kes pada bulan lalu.

Kerajaan China pula kekal dengan strategi penutupan Covid Zero mereka, menyekat dan menjalankan ujian secara besar-besaran walaupun langkah itu pernah dipertikaikan.

Perhatian juga diberikan kepada hab pembuatan di selatan Shenzhen, yang melaporkan 4 kes baharu, menjadikan jumlah kes sejak 19 Julai kepada lebih 150.

Kemunculan itu mendorong kerajaan mengarahkan beberapa syarikat terbesar China untuk beroperasi dalam sistem “kitaran tertutup” selama tujuh hari, menimbulkan kebimbangan terhadap gangguan rantaian bekalan global.

100 syarikat terbesar yang terlibat termasuk pembuat iPhone Foxconn dan pengeluar minyak Cnooc Ltd diarahkan untuk mengehadkan operasi mereka hanya kepada pekerja yang tinggal di persekitaran kerja yang sama.

Kerajaan China turut mengarahkan syarikat mengurangkan interaksi yang tidak perlu antara kakitangan bukan pengilangan dan lantai kilang untuk mengurangkan jangkitan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *