Sekatan Keenam EU Ke Atas Rusia Sasar Sberbank, Minyak Mentah

Sekatan Keenam EU Ke Atas Rusia Sasar Sberbank, Minyak Mentah

Sekatan baharu ke atas Rusia yang mensasarkan perbankan akan menyusul, terutamanya Sberbank dan juga minyak mentah, kata Presiden Suruhanjaya Eropah

Sekatan baharu ke atas Rusia yang mensasarkan perbankan akan menyusul, terutamanya Sberbank dan juga minyak mentah, kata Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen kepada akhbar Jerman.

Akhbar Bild am Sonntag dalam satu wawancara yang diterbitkan semalam meminta Von der Leyen untuk menyebutkan perkara utama dalam rancangan sekatan pusingan keenam itu.

“Kami akan melihat lebih mendalam pada sektor perbankan, terutamanya Sberbank, yang menyumbang 37 peratus daripada sektor perbankan Rusia. Dan, sudah tentu, terhadap masalah tenaga,” katanya.

EU setakat ini telah mengecualikan bank terbesar Rusia itu daripada pusingan sekatan sebelumnya kerana bank tersebut bersama-sama Gazprombank, merupakan salah satu saluran utama yang digunakan oleh negara EU untuk proses pembelian minyak dan gas Rusia walaupun terdapat konflik di Ukraine.

Beliau juga berkata bahawa EU sedang mempersiapkan “mekanisme pintar” supaya minyak juga dapat dimasukkan dalam sekatan seterusnya.

“Apa yang tidak sepatutnya berlaku ialah Presiden Putin mengutip harga yang lebih tinggi di pasaran lain untuk bekalan yang seelebihnya akan pergi ke EU. Keutamaan utama adalah untuk mengecilkan pendapatan Putin,” jelas von der Leyen.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: