Selamat Tahun Baru 2026

Boboi CTC
1 Min Read

Tahun lepas, 2025, CTC.FM secara rasminya telah mencecah umur 10 tahun. Sejak ia ditubuhkan pada tahun 2015, jenama dan organisasi ini telah melalui pelbagai jenis perubahan dan pertukaran arah secara kreatif, pengurusan dan operasi. Semua transformasi ini dilakukan bagi memastikan CTC.FM kekal relevan selain terus memberi aspirasi kepada warga kerja belakang tabir yang masih setia.

2025 juga menyaksikan penjenamaan semula terma CTC. Mungkin ada di antara kalangan pembaca dan pengikut yang tidak tahu bahawa terma CTC itu merupakan ringkasan kepada ‘Cyberjaya Training Center’. Ia adalah simbolik kepada lokasi penubuhan organisasi ini lebih 10 tahun yang lalu. Demi meneruskan misi dan visi CTC.FM yang mahu berkongsi maklumat, informasi dan pendidikan kepada pembaca, ‘Cerita Terkini & Cakna’ telah diangkat sebagai imej baru disebalik nama CTC.

Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada para pembaca, pengunjung serta pengikut yang sudi memberikan sokongan kepada CTC.FM. Industri kini telah berubah dengan drastik luaran dan dalaman jika nak dibandingkan dengan sedekad yang lalu. Kami harap, kewujudan CTC.FM ini akan dapat terus menyuluh kebenaran dan kesahihan maklumat tak kira dari kandungan sedia ada atau akan datang.

Terus berkhidmat 🫡,
Boboi CTC
(Ketua Editor)

Share This Article
Leave a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *