kuna-currency

Selamat Tinggal Kuna! Crotia Beralih Kepada Euro Mulai Esok

Croatia hari ini sedang menghitung saat terakhir sebelum beralih kepada mata wang euro dan memasuki zon bebas pasport di Eropah, dua langkah penting untuk negara itu sejak menyertai EU hampir sedekad lalu.

Pada 2300 GMT atau 7 pagi esok waktu Malaysia, negara Balkan itu akan mengucapkan selamat tinggal kepada mata wang kunanya dan menjadi ahli ke-20 zon euro.

Ia juga akan menjadi negara ke-27 dalam zon Schengen bebas pasport, Zon terbesar di dunia, yang membolehkan lebih 400 juta orang bergerak dengan bebas di sekitar negara anggota.

Pakar berkata penggunaan euro akan membantu melindungi ekonomi Croatia pada masa inflasi melambung di seluruh dunia setelah pencerobohan Rusia ke atas Ukraine menyebabkan harga makanan dan bahan api meningkat.

Bagaimanapun, perasaan di kalangan rakyat Croatia bercampur-campur kerana walaupun mereka mengalu-alukan penamatan kawalan sempadan, ada yang bimbang tentang pertukaran euro.

Hal ini kerana kumpulan pembangkang sayap kanan berkata ia hanya menguntungkan negara anggota yang besar seperti Jerman dan Perancis.

Kerajaan Crotia telah mempertahankan keputusan untuk menyertai zon euro dan Schengen, dengan Perdana Menteri Andrej Plenkovic berkata pada Rabu bahawa mereka adalah “dua matlamat strategik integrasi EU yang lebih mendalam”.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *