Selamat Tinggal Pound (GBP)?

Selamat Tinggal Pound (GBP)?

Sterling merekodkan kejatuhan mingguan terburuk sejak awal Februari 2018, susut -1.66% atau hampir 250 pips sepanjang minggu lepas. Dua faktor utam

Sterling merekodkan kejatuhan mingguan terburuk sejak awal Februari 2018, susut -1.66% atau hampir 250 pips sepanjang minggu lepas.

Dua faktor utama yang mendorong kejatuhan adalah kelemahan data-data ekonomi dan ulasan dovish yang dikeluarkan oleh Gabenor Bank Pusat England (BoE), Mark Carney.

Jualan runcit, harga pengguna dan pertumbuhan pendapatan kesemuanya meleset berbanding jangkaan sehingga menyebabkan Carney berkata beliau akan lebih berhati-hati menilai pandangan berbeza yang diutarakan oleh setiap ahli MPC BoE pada baki mesyuarat dasar yang akan dijalankan sepanjang tahun ini.

Kenyataan beliau menunjukkan bahawa bank pusat masih mempunyai banyak masa untuk menaikkan kadar faeadah, oleh itu rate hike dijangka tidak akan diumumkan pada bulan Mei hadapan.

Peratusan jangkaan rate hike pada bulan hadapan daripada 96% pada hari Isnin lalu, jatuh merudum ke paras 50% sebelum tamat sesi dagangan hari Jumaat lalu.

Dengan kelemahan data sejak awal bulan April, pullback pound sterling bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Sebahagian penganalisis melihat, walaupun BoE akan mengeluarkan padangan yang lebih optimis pada pertemuan akan datang, namun dalam baki tempoh 3 minggu sebelum mesyuarat dasar dijalankan, profit taking dijangka akan berterusan.

Disebabkan itu, tanpa sebarang tekanan daripada dollar, GBP/USD dijangka akan terus jatuh ke paras 1.3850 berikutan hanya satu data UK yang penting dapat mengubah sentimen pound iaitu laporan KDNK suku tahun pertama yang akan di keluarkan pada hari Jumaat minggu ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: