Sempena Ulang Tahun Ke-10, Uniqlo Bakal Membuka Gedung Tepi Jalan Pertama Di Malaysia

Sempena Ulang Tahun Ke-10, Uniqlo Bakal Membuka Gedung Tepi Jalan Pertama Di Malaysia

Sempena ulang tahun yang ke-10 di Malaysia, Uniqlo, syarikat pereka pakaian kasual dan peruncit antarabangsa dari Jepun mengumumkan bahawa mereka ak

Sempena ulang tahun yang ke-10 di Malaysia, Uniqlo, syarikat pereka pakaian kasual dan peruncit antarabangsa dari Jepun mengumumkan bahawa mereka akan membuka sebuah lagi cawangan baru di Sri Damansara, Kuala Lumpur.

Namun cawangan terbaru ini tidak akan dibuka di dalam pusat beli-belah, tetapi Uniqlo akan membina sebuah gedung mega di tepi jalan, dikelilingi kawasan perumahan, sekolah dan pejabat.

Sebuah premis tunggal yang berada di luar pusat-beli belah ini dijadualkan dibuka pada bulan Disember 2020 di Damansara Avenue.

Premis baru ini juga menjadikan Malaysia sebagai pasaran kelima di luar Jepun yang membawa konsep kedai yang sama selepas Korea Selatan, Taiwan, Thailand dan Filipina.

CEO Uniqlo Malaysia dan Singapure, Yuki Yamada dalam satu kenyataan berkata, “Kini, kewujudkan kami di sini kukuh dengan sebuah kedai online dan 51 cawangan di 12 buah negeri yang terletak di pusat membeli-belah bandar-bandar utama”.

Ketika mengulas tentang rekabentuk gedung mega ini, Yamada menjelaskan, “Kedai baru ini direka dengan teliti bagi memastikan ruang dan akses yang mencukupi untuk semua, termasuk orang kurang upaya”

Selain itu, “Kami juga akan menyediakan tempat letak kenderaan sendiri bagi para pelanggan kami”, tambah beliau.

Yamada juga menjelaskan bahawa “Secara asasnya, konsep kedai di tepi jalan ini berfungsi sebagai sebuah kedai-berhampiran-rumah bagi para pelanggan di sekitar Bandar Sri Damansara dan kawasan-kawasan berhampiran”.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: