Senat AS Sebulat Suara Melarang Penggunaan Aplikasi Tiktok Pada Peranti Milik Kerajaan

Senat AS Sebulat Suara Melarang Penggunaan Aplikasi Tiktok Pada Peranti Milik Kerajaan

Senat AS pada hari Khamis sebulat suara meluluskan rang undang-undang yang dibentangkan oleh Senator Josh Hawley, melarang kakitangan kerajaan menggu

Senat AS pada hari Khamis sebulat suara meluluskan rang undang-undang yang dibentangkan oleh Senator Josh Hawley, melarang kakitangan kerajaan menggunakan aplikasi perkongsian video TikTok pada peranti yang dikeluarkan oleh kerajaan, selari dengan ancaman White House untuk mengharamkan syarikat tersebut.

Aplikasi ini menjadi isu yang hangat dibahaskan oleh pembuat dasar dan pihak pentadbiran Trump berikutan kebimbangan mereka terhadap keselamatan negara kerana pemilikan ByteDance China ke atas teknologi tersebut.

Syarikat tersebut kini berhadapan dengan tarikh akhir 15 September untuk memutuskan sama ada menjual operasi di AS kepada Microsoft Corp atau berhadapan dengan pengharaman tersebut.

Di bawah undang-undang China yang diperkenalkan pada tahun 2017, syarikat-syarikat di sana mempunyai kewajiban untuk membantu dan bekerjasama dengan negara dalam kerja perisikan nasional.

Pada bulan lalu, Dewan Rakyat AS mengundi cadangan yang dibentangkan oleh Ken Buck untuk melarang kakitangan kerajaan memuat turun aplikasi ini pada peranti yang dikeluarkan oleh pemerintah.

Dengan perundangan di Dewan dan kelulusan Senat, larangan tersebut dijangka akan segera menjadi undang-undang di Amerika Syarikat.

Jurucakap TikTok mengatakan bahawa pasukan AS di bawah pengendalian mereka tidak mempunyai niat dan keutamaan yang lebih tinggi daripada mempromosikan aplikasi yang selamat yang melindungi privasi pengguna.

Pada hari Rabu, TikTok mengatakan pihaknya sedang bekerjasama dengan pakar dari Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS bagi “melindungi (maklumat) daripada pengaruh asing” dan memeriksa potensi maklumat yang salah mengenai pilihan raya.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: