Sentimen Risiko Ditekan Oleh Peningkatan Mendadak Penularan Covid-19 Di Luar China

Sentimen Risiko Ditekan Oleh Peningkatan Mendadak Penularan Covid-19 Di Luar China

Angka kematian akibat coronavirus meningkat kepada tujuh orang di Itali sementara sebahagian kawasan Timur Tengah sedang menghadapi kes jangkitan yan

Angka kematian akibat coronavirus meningkat kepada tujuh orang di Itali sementara sebahagian kawasan Timur Tengah sedang menghadapi kes jangkitan yang pertama pada hari Isnin lalu.

Laporan tersebut telah meningkatkan kebimbangan terhadap potensi merebaknya virus ke seluruh dunia walaupun China tidak lagi melaporkan penambahan kes jangkitan yang baru.

Pakar perubatan melihat penularan wabak Covid-19 di luar China adalah terhad, namun lonjakan kes jangkitan di Itali daripada 3 orang pada hari Jumaat kepada 220 orang pada hari Isnin menggambarkan perkembangan yang amat membimbangkan.

Kebimbangan tersebut diterjemahkan kepada penjualan besar-besaran aset-aset berisiko pada hari Isnin yang lalu dengan saham Wall Street tutup 3% lebih rendah manakala ekuiti Eropah menyusut lebih 4%.

Momentum yang sama diteruskan pada sesi dagangan Asia hari Selasa sementara permintaan aset-aset safe have seperti emas dan yen terus meningkat.

Kebimbangan pelabur terhadap penularan wabak di luar China serta kesan sampingan yang lain walau bagaimanapun tidak menafikan pemulihan yang sedang berlaku pada aktiviti ekonomi di China.

Jika tenaga kerja di China memulih dengan cepat, ransangan yang diperkenalkan oleh PBoC dijangka akan mula menunjukkan kesan menerusi lonjakan output domestik.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: