Sepanyol Akan Tingkatkan Cukai & Perbelanjaan Infrastruktur Pada Belanjawan 2021

Sepanyol Akan Tingkatkan Cukai & Perbelanjaan Infrastruktur Pada Belanjawan 2021

Sepanyol sebagai salah satu penggerak utama ekonomi Eropah merancang untuk menaikkan cukai yang dikenakan ke atas syarikat-syarikat besar dan golonga

Sepanyol sebagai salah satu penggerak utama ekonomi Eropah merancang untuk menaikkan cukai yang dikenakan ke atas syarikat-syarikat besar dan golongan kaya bagi mendanai penambahan bantuan sosial dan infrastruktur dalam belanjawan 2021.

PM Sepanyol pada hari ini menyuarakan sebahagian daripada rancangan kerajaan selepas mereka menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi pada tahun 2020 dan menjangkakan pemulihan yang lebih kukuh pada tahun hadapan.

Langkah pencukaian ini termasuk menaikkan cukai korporat yang dikenakan ke atas syarikat besar, cukai pendapatan ke atas golongan berpendapatan tinggi dan meningkatkan hasil cukai melebihi €200,000.

Sanchez juga berkata, kerajaan akan menggandakan bajet infrastruktur serta akan meningkatkan gaji dan pencen para penjawat awam sebanyak 0.9%, sesuai dengan unjuran inflasi.

Sekiranya kerajaan minoriti ini mendapat sokongan yang cukup di parlimen, ianyakan akan menjadi belanjawan pertama Sepanyol yang diluluskan sejak tahun 2018.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: