Serangan ‘Bear’ Tembusi 1.300, USD/CAD Jatuh 400 Pips Daripada Paras Tertinggi 2018

Serangan ‘Bear’ Tembusi 1.300, USD/CAD Jatuh 400 Pips Daripada Paras Tertinggi 2018

Dollar Kanada (CAD) menunjukkan prestasi yang terbaik berbanding matawang utama dunia yang lain berikutan para pelabur yakin bahawa Bank Pusat Kanada

Dollar Kanada (CAD) menunjukkan prestasi yang terbaik berbanding matawang utama dunia yang lain berikutan para pelabur yakin bahawa Bank Pusat Kanada (BoC) akan menaikkan kadar faedah mereka sebelum tamat tahun 2018.

Sejak beberapa minggu yang lalu, beberapa siri laporan ekonomi Kanada yang kukuh telah dikeluarkan bermula daripada jualan runcit, indeks inflasi pengguna (CPI), KDNK dan perdagangan.

Ekonomi Kanada pada bulan Mei telah berkembang daripada 0.1% kepada 0.5%. Manakala, defisit perdagangan bulan Jun pula mengecil kepada 626 juta, satu perubahan paling signifikan selepas defisit dilihat meningkat sebanyak 2.77 billion pada bulan Mei yang lalu.

Walaupun ditekan oleh tariff besi dan aluminium daripada AS, hasil eksport Kanada tetap merekodkan peningkatan paling tinggi, didorong kuat oleh lonjakan permintaan hasil tenaga dan jualan kapal terbang.

Kesemua maklumat di atas telah mengukuhkan jangkaan rate hike BoC bulan Disember dan price-in pasaran terhadap ramalan tersebut kini telah mencapai paras 77 peratus.

Pengukuhan berterusan loonie telah menyebabkan USD/CAD kehilangan lebih 400 pips daripada harga tertinggi 27 Jun, 1.3385. Kini USD/CAD didagang pada harga 1.2981, susut 0.17% setakat jam 2.30 petang.

Penganalisis menjangkakan pasangan matawang ini akan kekal bearish sekiranya data-data terkini Kanada terus membuat kejutan positif. Ivey PMI pada jam 10 malam serta laporan pekerjaan Kanada pada hari Jumaat menjadi fokus utama bagi mengukuhkan sentimen loonie sepanjang minggu ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: