Serangan Tarif AS-China Ditangguhkan Selama 90 Hari

Serangan Tarif AS-China Ditangguhkan Selama 90 Hari

Ketegangan hubungan perdagangan antara AS dan China menjadi tajuk utama yang diperdebatkan hampir setiap waktu sepanjang tahun ini,terutamanya apabila

Ketegangan hubungan perdagangan antara AS dan China menjadi tajuk utama yang diperdebatkan hampir setiap waktu sepanjang tahun ini,terutamanya apabila mereka saling menyerang dengan menambahkan tarif import ke atas barangan masing-masing.

Tindakan tersebut telah meningkatkan kebimbangan pelabur yang melihat potensi berlakunya kejatuhan pertumbuhan ekonomi global akibat daripada kelembapan aktiviti perdagangan.

Namun begitu, selepas persidangan G20 pada hujung minggu lalu, China dan AS bersetuju untuk berdamai daripada konflik perdagangan yang telah berlarutan sejak momerendum berkaitan dasar perdagangan bersama China ditandatangani Trump pada bulan Mac.

Trump bersetuju untuk tidak menaikkan duti import ke paras 25% dan mengekalkan kadar 10% tarif import barangan China yang bernilai $200 billion.

Walaupun belum ada perjanjian rasmi, namun White House melaporkan bahawa China bersetuju untuk membeli produk tenaga, pertanian, industri dan sebahagian barangan daripada AS bagi mengimbangkan hasil perdagangan antara kedua-dua buah negara.

China dikatakan telah bersetuju untuk membeli produk pertanian daripada para petani Amerika Syarikat pada kadar yang segera.

Tambah White House, para pegawai AS dan China akan terus berunding tentang isu-isu berkaitan pemindahan teknologi, kawalan harta intelek dan keselamatan siber dan akan cuba menggubal satu perjanjian rasmi dalam tempoh 90 hari.

Sekiranya proses rundingan ini gagal, tarif akan dinaikkan daripada 10% kepada 25%.

Kenyataan ini dikeluarkan selepas pertemuan Trump dan Xi di dalam majlis makan malam sempena persidangan dua hari ketua-ketua negara G20 di Buenos Aires, Argentina bermula hari Jumaat yang lalu.

Selain daripada bacaan data ekonomi yang penting, kemajuan rundingan perdagangan dilihat akan terus menjadi pemandu utama sentimen pasaran kewangan sepanjang minggu ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: