GBP menjadi lemah pada minggu lepas dan kembali tertekan di awal sesi perdagangan Eropah pada hari ini (Isnin), walaupun sebelum ini telah menguat sek
GBP menjadi lemah pada minggu lepas dan kembali tertekan di awal sesi perdagangan Eropah pada hari ini (Isnin), walaupun sebelum ini telah menguat sekejap pada sesi Asia. data yang tidak baik terhadap ekonomi England pada minggu lalu terus memberikan tekanan kepada pound sterling, apatah lagi di minggu ini Bank of England (BoE) akan mengadakan mesyuarat polisi kewangan.
BoE diramalkan tidak akan menukar polisi moneternya, bagaimana pun sekurang-kurangnya pendapat daripada 9 ahli Monetary Policy Committee (MPC) kali ini dianggarkan akan berbeza. Penganalisis Bank of America Merrill Lynch menjangkakan sekurang-kurangnya 1 orang ahli MPC akan ada perbezaan pendapat sekiranya kadar faedah diturunkan.
COMMENTS