Sesi Parlimen UK Menjadi Perhatian, Kejayaan Dramatik Brexit Di Brussel Memasuki Peringkat Terakhir

Sesi Parlimen UK Menjadi Perhatian, Kejayaan Dramatik Brexit Di Brussel Memasuki Peringkat Terakhir

Berlalunya kejayaan dramatik PM UK Boris Johnson di Brussels pada hari Khamis yang lalu, rang undang-undang peralihan EU yang diperoleh akan melalui

Berlalunya kejayaan dramatik PM UK Boris Johnson di Brussels pada hari Khamis yang lalu, rang undang-undang peralihan EU yang diperoleh akan melalui undian dewan parlimen (House of Commons) UK yang dijadualkan berlangsung pada hari Sabtu.

Parlimen UK telah menolak perjanjian Brexit versi May (bekas PM UK) sebanyak tiga kali, dan keadaan ini menimbulkan spekulasi dikalangan pelabur bahawa bill baru yang akan dibentangkan oleh Johnson juga akan menerima nasib yang sama.

Hal ini kerana, parti DUP secara rasmi menyatakan bahawa mereka akan menentang usul perjanjian Brexit yang baru sementara ketua pembangkang Jeremy Corybn mendakwa perjanjian tersebut adalah lebih teruk berbanding yang pernah dibentangkan oleh Theresa May.

Kebimbangan terhadap penentangan, ditambah dengan kurangnya sokongan majoriti di dalam parlimen menghadkan pendakian GBP/USD, kekal didagang menghampiri paras 1.2900 setakat jam 9 malam.

Keputusan di parlimen esok bakal menyimpulkan hala tuju sebenar bagi pound dengan volatiliti dagangan dijangka meningkat lebih tinggi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: