Setiausaha Agung OPEC: Apa Bentuk Pemulihan Tidak Pasti, Namun Akan Berlaku Pada Separuh Kedua 2020

Setiausaha Agung OPEC: Apa Bentuk Pemulihan Tidak Pasti, Namun Akan Berlaku Pada Separuh Kedua 2020

Setelah berhadapan dengan kejatuhan bersejerah harga minyak pada pertengahan pertama 2020, pasaran kini sedang melalui laluan pemulihan pada pertenga

Setelah berhadapan dengan kejatuhan bersejerah harga minyak pada pertengahan pertama 2020, pasaran kini sedang melalui laluan pemulihan pada pertengahan tahun kedua, jelas Setiausaha Agung OPEC Mohammad Barkindo, memuji anggota OPEC atas usaha mereka membantu menyelamatkan penurunan harga minyak.

“Sedang negara-negara mula dibuka, kita akan melihat permintaan mulai kembali,” kata Barkindo dalam dialog maya tenaga ADIPEC.

“Saya tetap optimis namun berhati-hati, hal terburuk telah berakhir dan pemulihan akan berlangsung sepenuhnya pada separuh kedua tahun ini, dengan stok mula dikeluarkan,” tambahnya.

“Apa sahaja bentuk pemulihan yang akan terbentuk, sama ada bentuk V, W atau kayu hoki terbalik, masih tidak dapat dipastikan,” ujar Barkindo.

Sehingga jam 6.55 pagi, futures minyak Brent yang menjadi pananda aras harga minyak global didagang sekitar $40.30 setong sementara futures WTI didagang sekitar $38.00 setong.

Barkindo mengakui kehancuran permintaan pasaran minyak akibat krisis penularan COVID-19, dengan permintaan turun 20 hingga 24 juta tong sehari.

“Walaupun begitu, saya berharap pada akhir tahun ini kita akan mulai melihat beberapa kestabilan yang lebih besar kembali pada pasaran minyak. Kemudian kita akan dapat bergerak ke fasa seterusnya untuk mengekalkan kestabilan itu, ” jelas beliau.

“Oleh itu pentingnya tempoh dua tahun yang ditetapkan dalam perjanjian bersejarah antara anggota OPEC+ dan pengeluar bukan OPEC,” tambah Barkindo menunjukkan kepentingan pemotongan pengeluaran OPEC+ dan kerjasama antara negara-negara pengeluar.

Barkindo juga menyebutkan dengan pelaburan tenaga juga dijangka akan mengucup sebanyak 20 persen, atau AS$ 1.5 trilion, keadaan ini akan menjadi lebih kritikal untuk kami memastikan pelaburan dibawa kembali ke sektor ini bagi mengelakkan krisis tenaga.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: