Shell Akan Lepaskan Aset Luar Pesisir Di Baram Delta Malaysia Pada Harga AS$475 juta

Shell Akan Lepaskan Aset Luar Pesisir Di Baram Delta Malaysia Pada Harga AS$475 juta

Shell plc berkata pada hari ini bahawa ia akan menjual kepentingannya dalam dua kontrak perkongsian pengeluaran luar pesisir di Baram Delta Malaysia

Shell plc berkata pada hari ini bahawa ia akan menjual kepentingannya dalam dua kontrak perkongsian pengeluaran luar pesisir di Baram Delta Malaysia pada harga AS$475 juta (RM2.11 bilion) kepada Petroleum Sarawak Exploration & Production Sdn Bhd.

Pengumuman itu dibuat selepas Shell mengumumkan pada Mac 2021 bahawa ia sedang mempertimbangkan untuk menjual kepentingannya dalam dua kontrak perkongsian pengeluaran, sebagai sebahagian daripada strateginya untuk memfokus dan meningkatkan daya tahan serta daya saing dalam perniagaan huluan.

Bayaran tambahan sehingga AS$50 juta akan dibayar antara 2023 dan 2024 bergantung kepada harga komoditi, katanya dalam satu kenyataan sambil menambah bahawa urus niaga itu akan berkuat kuasa 1 Januari hadapan dan disasarkan selesai pada awal 2023.

“Keputusan ini adalah selaras dengan kerja kami untuk terus memfokuskan portfolio kami,” kata Zoe Yujnovich, pengarah huluan Shell.

Sarawak Shell Bhd, anak syarikat Shell, masing-masing memegang 40% dan 50% kepentingan dalam kontrak perkongsian pengeluaran Baram Delta EOR dan SK 307.

Baki kepentingan dalam kedua-dua kontrak perkongsian pengeluaran dipegang oleh pengendali, Petronas Carigali, cabang penerokaan dan pengeluaran syarikat tenaga negara Malaysia Petronas.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: