Shell Catat Keuntungan Bersih Suku Tahun Terbesar Sejak 2018

Shell Catat Keuntungan Bersih Suku Tahun Terbesar Sejak 2018

Royal Dutch Shell pada Khamis mencatat keuntungan bersih suku kedua terbesar sejak 2018 berikutan pemulihan harga minyak pulih dari kejatuhan Covid,

Royal Dutch Shell pada Khamis mencatat keuntungan bersih suku kedua terbesar sejak 2018 berikutan pemulihan harga minyak pulih dari kejatuhan Covid, dan turut memberi ganjaran kepada para pelabur dengan pembelian balik dan kenaikan dividen.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan syarikat gergasi minyak itu, keuntungan bersih diperoleh sepanjang tiga bulan yang berakhir pada Jun mencecah AS$ 5.5 bilion.

Angka tersebut jauh berbeza dengan kerugian besar sekitar AS$ 18.1 bilion yang dialami di awal krisis pandemik berikutan gangguan penjualan minyak mentah dan berbanding suku pertama sekitar AS$ 3.2 bilion.

Prestasi itu didorong oleh “harga minyak yang lebih tinggi, kesan cukai yang begitu baik, margin pemasaran yang lebih tinggi dan perbelanjaan operasi yang lebih rendah”, jelas Shell.

Secara keseluruhan, pendapatan Shell meningkat hampir dua kali ganda pada suku kedua kepada AS$ 60.5 bilion, sementara pengeluaran sedikit menurun ke paras 3.25 juta tong minyak sehari.

Mengulas mengenai outlook Shell menyebutkan bahawa masih terdapat ketidaktentuan yang signifikan terhadap sejauh mana pemulihan ekonomi mikro akan bergerak daripada pandemik.

Permintaan minyak global sedang memulih, namun penawaran masih terbatas kerana usaha berterusan OPEC untuk menghadkan pengeluaran minyak.

Walau bagaimanapun, OPEC pada awal bulan ini telah memutuskan untuk menambah output sebanyak 400,000 tong sehari bermula Ogos bagi memenuhi permintaan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: