Shell Malaysia Kurangkan Sehingga 300 Pekerja Dalam Tempoh Dua Tahun

Shell Malaysia Kurangkan Sehingga 300 Pekerja Dalam Tempoh Dua Tahun

Shell Malaysia pada hari ini dilaporkan akan melaksanakan perubahan bagi memastikan syarikat terus berkembang maju dan menjadi sebuah organisasi yang

Shell Malaysia pada hari ini dilaporkan akan melaksanakan perubahan bagi memastikan syarikat terus berkembang maju dan menjadi sebuah organisasi yang cekap dan sederhana.

Dalam usaha penyusunan semula Shell secara global, syarikat gergasi gas dan minyak ini akan memberikan tumpuan terhadap peningkatan kecepakatan supaya dapat memastikan pergerakan organisasi yang lebih efisien, berdaya-saing dan kolaboratif.

Pengerusi Shell Malaysia, Datuk Iain Lo berkata, “Malaysia merupakan negara yang penting bagi Kumpulan Shell. Unit Eksplorasi & Pengeluaran Huluan (upstream) terus menjadi perniagaan penting bagi Shell, dan perniagaan huluan di Malaysia telah dikenal pasti sebagai salah satu daripada sembilan Unit Prestasi Teras Shell di seluruh dunia.”

Walau bagaimanapun, Lo menyebutkan bahawa perubahan organisasi yang sedang dilaksanakan amat penting buat syarikat mengurangkan kerumitan, mendorong hubungan akhir ke akhir yang lebih kukuh untuk memudahkan aset dan usaha memberi tumpuan kepada penghantaran.

Lo juga berkata, selain pertumbuhan pekerjaan di bindang tertentu, Shell Malaysia juga melihat pengurangan pekerjaan di bidang yang lain, terutamanya dalam perniagaan huluan.

Pengurangan sebanyak dua peratus pekerja Shell di seluruh negara dijangkakan dan kira-kira 300 pekerja akan dikurangkan secara berperingkat selama dua tahun, jelas Lo.

Bagi meningkatkan kecekapan dan kerjasama, kebanyakan pekerja Shell Malaysia Upstream akan dipindahkan semula ke pejabat utama yang terletak di Miri, Sarawak, manakala pejabat di Kota Kinabalu akan dikekalkan untuk perniagaan hiliran dan sokongan kepada huluan.

“Tiada perubahan bagi operasi perairan laut dalam Shell di Sabah. Menara Shell di Kuala Lumpur akan terus menjadi pejabat Shell Malaysia Downstream (hiliran) dan entiti korporat. Pusat Operasi Perniagaan Sehll akan diteruskan di Wisma Shell Cyberjaya”, tambah Lo.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: