Shell Sahkan Rancangan Untuk Memberhentikan Sehingga 9,000 Pekerjaan

Shell Sahkan Rancangan Untuk Memberhentikan Sehingga 9,000 Pekerjaan

Royal Dutch Shell pada hari ini mengumumkan rancangan mereka untuk memberhentikan sehingga 9,000 pekerjaan. 10% dari jumlah kakitangan mereka berikut

Royal Dutch Shell pada hari ini mengumumkan rancangan mereka untuk memberhentikan sehingga 9,000 pekerjaan. 10% dari jumlah kakitangan mereka berikutan penyusunan semula perniagaannya bagi meneroka sektor tenaga bersih.

Shell yang mempunyai sekitar 83,000 pekerja pada akhir tahun lalu berkata penyusunan semula ini akan menjimatkan kos tahunan antara AS$2-2.5 bilion pada tahun 2022.

Pada bulan yang lalu, Shell melancarkan tinjauan semula perniagaan yang lebih luas bertujuan mengurangkan kos sebagai persiapan untuk peralihan operasi kepada tenaga karbon rendah.

Mereka juga menjangkakan 7,000 hingga 9,000 orang bakal kehilangan pekerjaan menjelang akhir 2022, mewakili 11% daripada seluruh kakitangan yang mereka miliki.

“Kami akan memiliki sebahagian minyak dan gas dalam campuran tenaga yang dijual pada tahun 2050, namun elektrik rendah karbon, biofuel rendah karbon yang terdiri dari hidrogen dan campuran lain akan lebih mendominasi,” jelas CEO Shell Eksekutif Ben van Beurden dalam satu kenyataan, sambil menyebut pemberhentinaan pekerjaan adalah “sangat menyakitkan.”

Sementara itu, pesaing dari syarikat BP juga mengumumkan rancangan untuk memberhentikan 10,000 pekerjaan pada tahun ini.

Rancangan tersebut mengikuti keputusan CEO BP, Bernard Looney untuk mengembangkan perniagaan tenaga bersih mereka dengan lebih cepat dan mengurangkan pengeluaran minyak dan gas.

Mengurangkan kos adalah isu terpenting dalam rancangan Shell untuk berpindah kepada sektor tenaga elektrik dan tenaga boleh diperbaharui di mana mempunyai margin yang rendah.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: