Shinzo Abe Komited Dengan Dasar Abenomic, Mencalonkan ‘Reflationist’ Sebagai Ahli Lembaga BoJ

Shinzo Abe Komited Dengan Dasar Abenomic, Mencalonkan ‘Reflationist’ Sebagai Ahli Lembaga BoJ

Kerajaan Jepun pada hari Selasa yang lalu telah mencalonkan seorang ahli ekonomi yang dovish, Seiji Adachi sebagai ahli lembaga bank pusat yang baru,

Kerajaan Jepun pada hari Selasa yang lalu telah mencalonkan seorang ahli ekonomi yang dovish, Seiji Adachi sebagai ahli lembaga bank pusat yang baru, menggantikan Yutaka Harada yang turut berkongsi pandanga yang sama.

Pencalonan ini mengiysaratkan bahawa PM Shinzo Abe tidak akan berundur daripada dasar Abenomic beliau dan komited dalam melaksanakan dasar monetari yang longgar.

Pihak bank tidak senang dengan pencalonan Seiji Adachi kerana beliau terkenal sebagai seorang yang ‘reflationist’ yang mana meningkatkan kemungkinan untuk BoJ mengekalkan program-program ransangan untuk tempoh yang lebih lama atau mengumumkan dasar yang lebih longgar.

‘Reflation’ adalah satu pelan dasar yang direka bagi mengembangkan output, meransang perbelanjaan dan mengurangkan impak deflasi, yang mana kebiasaanya berlaku apabila ekonomi berada dalam ketidaktentuan dan kemelesetan.

Antara tindakan bagi memperoleh hasil tersebut adalah dengan mengurangkan cukai, menurunkan kadar faedah dan meningkatkan bekalan wang di dalam tempoh waktu yang lebih panjang.

Sebahagian penganalisis melihat pencalonan Adachi memberi gambaran bahawa kerajaan selesa dengan penyata semasa dan ingin mengekalkan pandangan yang neutral dikalangan ahli lembaga bank pusat.

Kini BoJ mempunyai tiga orang pembuat dasar paling dovish yang menginginkan sasaran inflasi 2 peratus bank pusat dicapai pada kadar yang lebih cepat.

Manakala enam yang lain masih menyokong dasar semasa yang sedang dilaksanakan oleh Gabenor Haruhiko Kuroda.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: