Di dalam sidang akhbar Donald Trump tengah malam tadi yang tamat di dalam masa sejam, tiada satu pun informasi dalam kenyataan beliau yang mampu menyo
Di dalam sidang akhbar Donald Trump tengah malam tadi yang tamat di dalam masa sejam, tiada satu pun informasi dalam kenyataan beliau yang mampu menyokong pengukuhan Dollar.
Tempoh sejam yang hampir suku daripada masa itu, hanyalah memberi laluan kepada peguam beliau menerangkan tentang bagaimana Trump mengasingkan dirinya dari dunia korporat secara sah disisi undang-undang dan konstitusi bagi mengelakkan ‘conflict of interest’ apabila menjadi presiden kelak.
Trump menegaskan beberapa perkara penting; antaranya adalah membina lebih peluang pekerjaan dengan hasrat membawa pulang kilang-kilang besar permotoran kembali ke Amerika, seperti Ford dan Fiat. Selain itu, Trump juga menyentuh tentang industri perubatan serta pendiriannya berkenaan ‘Obama Care’.
Isu tembok sempadan antara Mexico dan Amerika ditujukan kepada beliau. Respon Trump agak sinikal, apabila mengatakan kos pembinaan tembok tersebut haruslah dibiayai oleh Mexico! Dan di dalam jawapan balas yang sama kepada wartawan, Trump juga memberi amaran kepada syarikat-syarikat yang membawa pelaburan keluar dari Amerika, mereka akan dikenakan cukai yang sangat tinggi jika ingin kembali.
Sidang akhbar juga turut sensasi dengan tujahan soalan kepada Trump berkenaan dengan tuduhan yang terdapatnya kebocoran maklumat dari Rumah Putih sebelum pilihanraya presiden yang lalu membantu kemenangan beliau. Kremlin dikatakan sebagai dalang disebalik tuduhan ini, maklumat awal risikan sampai ke tangan media sebelum Trump sempat untuk diberi taklimat oleh pasukan risikan.
Secara keseluruhan, sidang akhbar tadi tampak sangat tidak meyakinkan tanpa sebarang input yang jelas kepada pelabur ke mana hala tuju polisi ekonomi pentadbiran beliau. Dollar diasak teruk oleh matawang utama yang lain sesudah tamatnya sidang akhbar beliau awal pagi tadi.
Dollar dijangka akan terus melemah sehingga Trump mengangkat sumpah sebagai Presiden AS yang baru pada 20 Januari nanti.
COMMENTS