Sidang Kemuncak EU Bakal Menafikan Kemajuan Rundingan Brexit

Sidang Kemuncak EU Bakal Menafikan Kemajuan Rundingan Brexit

Perbincangan tetang Brexit dalam pertemuan ketua-ketua EU di Brussels pada hari Khamis dan Jumaat dijangka membahaskan isu kemajuan rundingan bersama

Perbincangan tetang Brexit dalam pertemuan ketua-ketua EU di Brussels pada hari Khamis dan Jumaat dijangka membahaskan isu kemajuan rundingan bersama Britian yang dilihat belum mampu untuk mengikat sebuah perjanjian yang baru.

Menghampiri tarikh akhir peralihan, ketua bagi 27 buah negara EU dijangka akan memperkuatkan persiapan bagi menghadapi peralihan tanpa perjanjian yang mana bertujuan menghalangi kedua-dua belah pihak daripada kuota dan tarif.

Dengan dagangan tahunan bernilai satu trilion euro menjadi taruhan, sidang kemuncak EU kali ini dijangka akan mendesak Michel Barnier, wakil perunding Brexit bagi Eropah untuk memperdalam perbincangan dan mendapatkan perjanjian sebelum tamat tarikh peralihan pada 31 Disember.

Berdasarkan draf mesyuarat, EU juga akan menggesa UK untuk melaksanakan sepenuhnya perjanjian yang telah mereka setujui di awal peralihan Brexit yang lalu.

Menteri-menteri EU pada hari Selasa telah memperingatkan Britian supaya memberikan konsesi perikanan, menyelesaikan perselisihan dan menjamin persaingan yang adil dalam perbincangan mereka yang kini dikatakan sedang berada di tahap yang kritikal.

Secara keseluruhan, masih terdapat tiga isu utama yang telah sekian lama menjadi titik perbezaan walaupun kedua-dua belah pihak positif dengan perbincangan mereka dalam beberapa minggu terakhir.

EU berkata bahawa satu perjanjian perlu dipersetujui pada bulan ini bagi memberi ruang untuk dibahaskan di Parlimen Eropah.

Namun begitu, Reuters melaporkan bahawa EU kini sedang berusaha untuk melanjutkan perbincangan sehingga pertengahan November bagi mengelak daripada dipersalahkan jika rundingan pada bulan ini berakhir dengan kegagalan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: